TenTang Q

My photo
Taman Daya, Johor Bahru, Malaysia
Let me be myself, theres nothing to do wif u.i'm the way i am, so dont ever teach me wuts good, and better for me.i love being me, it's really all i can and want to be.

Thursday, October 19, 2017

RINDU

Assalamualaikum..da lama rasanya ak ta update blog..Ak ta tau kenapa hubungan ak dgnnya sllu bergoyang..Dia dingin dgn ak..Malam tadi ak bermimpi ak dapat pnggilan telefon darinya..kami berbual ketawa2..Ya Allah bahagia sgt rasanya..Bila ak tersedar ak capai handphone ak..tapi ak sedar rupanya mimpi je..Indahnya mimpi tu walaupun hanya dapat panggilan telefon dari insan yang kita sayang mampu menghiburkan hati ni..Ak hanya berdoa memohon ketabahan dan kecekalan hati je..Ak ta nak menangis lagi..Ak ta nak kecewa lagi..Ak anggap mungkin antara ak dan dia ta ad jodoh..Itu permintaannya..Ak ta minta perasaan ni datang..Ak ta tau lah kenapa ak dipertemukan dengan insan yang hanya akan melukakan hati ak..Bilakah masanya ak akan merasa disayangi dan dihargai seperti orang lain..Alangkah bahagianya kan..Ad family sndiri..Mungkin jodoh ak dengan maut je kot setelah jodoh ak yang pertama tidak berpanjangan..Ak sentiasa doakan insan2 yang pernah hadir dalam hidupku semoga mereka ta merasa kesepian dan kesedihan seperti yang ak alami..

Friday, July 28, 2017

Selamat Tinggal Semua

Hari ni ak rasa down sgt..korang mesti pernah alami kan macam mana perasaan berharap sangat..Hari ni merupakan ke 7 kali dia ta jadi datang jumpa ak..dari kul 12 ak tunggu sampai kul 2.45 dengan panas terik ak tnggu..orang lalu lalang dah tengok ak mcm ap dah..Ak ta tau nk contact dia mcm mana lg..Last2 petang kawan dia text ak..ckp dia mnta tlg n da tunggu smpi ptg kt sne..Hati ak luluh sgt..ap salahnya bgtau ak..ta jadi..ssh ke?perasaan ak sikit pn ta penting..kenapa ak lemah mcm ni..kenapa ak je beriya nk jumpa dia..kenapa ak je terhegeh2 cmni..Malamnya dia nak salahkan ak lak sbb ta ly tolong dia..Ak ta tau kenapa dia suka banding2 kan ak..Macam mana dia ta suka ak bandingkan dia dengan orang lain..Macam tu juga la ak.. Ak ta tau nak buat ap lg..setiap hari jumaat je msti hubungan ak mcm ni..PERASAAN ak..ak sendiri yg pujuk..Dia pun banyak kali nak tinggalkan ak..tersiksa agaknya bersama dengan ak..Ak ta tau lah..Ak macam nak pergi dari semua orang..Ak da deactive fb..Ak da off hp ak..Ak rasa mungkin ak tukar no lak pasni..pastu keluar dr sini dan g jauh dr semua orang..Kenapa orang layan ak macam ak ta ad perasaan ni..Ak tau kalau ak ta ad pn orang semua ta kan cari ak..orang ta kesa pn ak ta de..Biarlah ak bawa diri tuk pulihkan hati ak wat smntara ni..Hanya blogger tempat luahan hati ak..sebab ak ta ad sape2 yang boleh ak kongsikn atau ceritakan masalah ak lg,,

Monday, July 24, 2017

NEW WORK!

Kerja balik aku dekat kawasan permas jaya ni..dulu last aku kerja dekat permas ni masa aku jadi manager dekat mcdonalds permas..masa tu Allah je la tau seksanya aku hadap dengan orang permas ni..macam2 ragam budaknya..Aku ad lah gak kawan budak permas dari zaman sama2 belajar dlu..tapi tade la truk mcm budak2 yang kat tempat ak kerja dlu..mse tu lah first time ak rasa di buli dengan staff sndiri..padahal budak2 sekolah je..yang store manager pulak ta ad amik ap2 tindakan..bila ak contact GM terus OC dengan Store Manager pun salahkan ak lah sbb terus report atasan ta refer diaorang..abes atasan ta buat kerja..staff suka2 datang suka2 cuti..suka2 curi tulang..ta ad amik ap2 tindakan..last2 ta tahan benti jela..buat timetable pn pilih kasih..Malas lah nak cerita pengalaman menyakitkan hati kan..tapi memang sakit pun ta pernah ak g keje nangis2 mcm ni..haha!! pengalaman ni.. first time terasa kene buli kt tmpat kerja kaw2 gila..Sekarang ak kerja dekat dengan permas mall..jauh la gak hari2 waktu balik lah hadap jem..teruk punya jem..haha!mereput lah Ain sebab waktu dia balik kerja pun sama dengan aku..First time ak kerja ditempat yang suasananya selesa sangat..walaupun ak segan bila boss ak ad..Ak pun ta tau perangai ak dah ta mcm dlu..perangai ak skrg ak lebih memilih banyak diam dr berbicara..walaupun dekat otak ak ni mengatur beribu ayat..haaa tu la yang ak pilih jadi keyboard warrior ni..mengungkap perasaan ak melalui ayat..nak rehat pun paling lama..hari jumaat je ak rehat dari kul 12.15pm sampai 2.47pm..lama kan?? haha! kerja pun isnin hingga jumaat je..public holiday pn banyak ad 17 jenis cuti dia amik..kerja pun ta berapa banyak..selesa sangat buat kerja sorg2..tapi yang peningnya..bila ak ta faham atau ta tau..kena cari solution sendiri..huhu boss ak lak orang korea..ta berapa faham sangat..pening aku..haha!!harap2 ak dapatlah bertahan lama dekat tempat kerja ni..Amin..teringin juga nk ad duit simpanan balik..nak banyak duit lam kwsp..nk ad kereta semula..ak pun ta nk dan malas nk guna van ayah ak lagi..bukan sebab aku memilih ke malu ke ap..ak ta kesa sbb tu la transport yg ak ad..tapi ayah ak ni yg jadi masalah..suka mengungkit..hmm mngkin bapak ak terlampau unik kot sebab tu ta macam ayah orang lain..Semoga Allah permudahkan urusan ak kat dunia ni Amin...

Rindu

Haha kenapa aku ni..Tak tahu kenapa..Aku rindu sangat pada si dia yang bertahta di hati..Meskipun tidak pernah bersua..tidak pernah bertentang mata..Senang cerita aku ta tau rupa sebenar dia..Video call pun aku ta pernah..hanya dengan suara dia je ak kenal dia dan nama dia je aku kenal dia,tapi perasaan rindu ni satu hari ta dpt dengar suara dia..Allah rindunya..ak mampu sedekahkan alfatihah je untuk Allah sampaikan rindu ak padanya..Ak sayang sangat kat dia..Tapi banyaknya dugaan untuk kami..Dah 6 kali nak jumpa ta jadi..harap2 satu hari nanti ak dapat gak jumpa dengan insan yang aku sayang..aku ta kesah pun mcm mana pun rupa dia..aku tetap syg sgt kat dia..sebab bukan paras rupa yang ley buat aku sayang pada seseorg dan boleh buat aku bahagia..

Tuesday, May 02, 2017

semakin hari semakin sayang


aku sayang dia..dia satu satunya lelaki yang bertahta di hati ini buat masa sekarang dan aku harap dia yang terakhir buatku.. Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan dia.. Amin..tu je ak nak bagitau..niat bukan nak show off tapi sebagai luahan.. Sometimes aku fikir aku ni ta layak untuknya.. Aku banyak kekurangan..Aku ni ta pandai bergaul..hmmm dan juga ta berapa pandai..senang cerita banyak jurang aku dan dia..tapi aku harap sangat Allah bantu permudahkan segalanya..Aku juga harap agar tiada lagi kekecewaan selepas ni..kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..

Wednesday, April 12, 2017

Dear Blogger

Dunia Blogger telah lama aku tinggalkan. Sudah berkurun lamanya aku ta update sebarang status, dan pada waktu yang cukup lama itu juga Allah telah mengajarkan aku begitu banyak pengalaman , kegembiraan , kesedihan dan kejatuhan . Pada waktu itu juga aku diberi peluang untuk merasai bagaimana perasaannya digelar seorang isteri kepada seorang suami. Namun mahligai yang ku bina tidaklah semegah istana orang lain. Aku hanya berpeluang sementara saja. Sememangnya Allah telah menetapkan perjalanan ku. Hubungan yang ku semai selama bertahun - tahun itu musnah hanya dengan setahun pernikahan yang gagal. Allah saja yang tahu apa yang ku alami. Sekuat mana, sejatuh mana yang ku rasakan. Aku rasakan yang diriku tidak berguna lagi..namun Allah masih sayangkan ak..Allah hadirkan keluarga ku disaat zaman kejatuhan ku.. Tapi ia nampak agak rumit sebab aku terpaksa berlakon pura - pura bahagia didepan keluargaku.. Air mataku seringkali gugur..tidak terkira berapa banyak tisu aku habiskan untuk mengelap air mataku.. Kini 6 bulan berlalu.. Aku dipertemukan dengan seorang insan yang boleh membuatkan aku melupakan bekas suamiku.. Meskipun tidak pernah bersua,namun aku cukup percaya dengan setiap ap yang keluar dari dia, bukan itu saja..namun aku cukup menyayanginya..Tapi aku disakiti lagi..Adakah Allah hanya hadirkan seseorang untuk mendampingiku hanya untuk menyakitiku?? Aku merasakan luka yang lama berdarah kembali tapi kali ini lebih sakit dan lebih dalam berbanding aku bercerai dulu. Aku rasa amat terseksa hanya Allah je yang tahu apa yang ku rasakan.. Sungguh aku tidak dapat menghentikan air mata ni..Aku harap dengan cara aku meluahkan disini dapatlah aku mengurangi kesedihan yang aku tanggung selain dari berdoa pada Allah

Monday, October 08, 2012

Hukum Merokok??

Ramai yang tertanya-tanya apakah hukum merokok?ada yang kata haram , makhruh dan tidak berdosa sebab di dalam Al-Quran tiada sifatkan tentang merokok.Jadi dekat sini saya ingin berkongsi dengan sesiapa yang ingin mengetahui..Hasil Sumber Dari :
http://soni69.tripod.com/fiqh/fiqh_ahkam_merokok.htm
HUKUM MEROKOK
Ketika itulah baru bermunculan pendapat-pendapat dari kalangan para ulamak mengenai hukumnya. Pelbagai risalah/kitab yang ditulis mengenainya. Secara ringkasnya, terdapat 4 pendapat tentang hukum merokok, iaitu:

1. Haram

2. Makruh

3. Boleh

4. Memperincikan hukum

Berikut ini adalah perinciannya:

1. Haram Para ulamak dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak. Mereka mengharamkannya atas sebab-sebab berikut:

1. Asap dan bau rokok adalah keji. Firman Allah Taala: (Al-A’raf:157)

2. Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya. Firman Allah Taala: (Al-Nisaa’:29)

3. Membelanjakan wang untuk rokok merupakan suatu pembaziran. Kerana rokok tidak membawa sebarang faedah. Firman Allah Taala: (Al-Isra’:26)

4. Rokok mengandungi kemudaratan yang diakui oleh para doktor. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan." (HR Malik, Daruquthni & Jamaah)

5. Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih. Sabda Rasulullah s.a.w.: ‘Allah itu bersih dan Dia cintakan kebersihan" (HR al-Bazzar)

6. Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau berhampiran dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan dan akhirat, janganlah menyakiti jirannya." (HR Bukhari & Muslim)

2. Makruh Para ulamak yang berpendapat bahawa rokok itu makruh adalah dengan beberapa alasan, antaranya ialah:

1. Merokok memudaratkan kesihatan, lebih-lebih lagi jika ia dihisap dengan banyak. Manakala yang menghisap sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi banyak juga.

2. Mengurangkan harta, sekalipun tidak sampai ke peringkat membazir. Padahal, jika duit itu digunakan untuk perkara-perkara yang bermafaat adalah lebih baik lagi.

3. Bau dan asap rokok yang tidak enak boleh menganggu dan menyakiti orang lain. Sama seperti orang yang memakan bawang mentah, petai, jering dsbnya.

4. Masyarakat memandang rendah orang yang menghisap rokok.

5. Melalaikan seseorang dari mengerjakan ibadah secara sempurna.

6. Orang yang ketagihan rokok, fikirannya menjadi tidak keruan apabila tidak dapat merokok dalam jangka waktu tertentu.

Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wai’z al-Hanafi mengatakan bahawa kemakruhan merokok disabitkan dengan dalil yang pasti (qath’I), sedangakan keharamannya disabitkan dengan dalil yang zhanni (tidak pasti).

3. Boleh Semuanya itu pada asalnya adalah halal. Sedikitpun tidak haram. TETAPI…Ia akan bertukar menjadi haram seandainya:

a. Ada dalil yang mengharamkannya. Seperti daging babi, asalnya adalah halal, tetapi sebab ada ayat al-Quran yang mengharamkannya, maka ia bertukar menjadi haram. Jadi, babi itu haram dimakan bukan sebab dirinya itu haram, tetapi sebab al-Quran mengharamkannya.

b. Di bawah satu dalil atau kaedah umum yang membawa kepada hukum haram. Seperti, ada ayat al-Quran yang secara umum melarang membunuh jiwa. Jadi, kalau kita memakan racun yang boleh membawa maut, maka haram hukumnya. Asal racun itu adalah halal, tetapi oleh kerana ayat suatu ayat umum yang melarang membunuh jiwa, maka racun itu bertukar menjadi haram dimakan.

c. Dikiaskan dengan kepada sesuatu yang haram, yang illahnya bersekutu pada keduanya. Contohnya, dadah. Mana ada di dalam al-Quran yang menyatakan secara jelas tentang haramnya dadah. Tetapi, ia dikiaskan dengan khamar yang secara jelas diharamkan oleh al-Quran. Khamar diharamkan kerana memabukkan. Kerana memabukkan itulah yang disebutkan sebagai illah (penyebab hukum berlaku). Jadi, dapat ditarik kesimpulan bahawa setiap perkara yang ada illah itu adalah haram hukumnya. Dadah, ada atau tidak illah tersebut (memabukkan)? Sudah tentu ada! Maka dadah juga dihukumkan haram seperti arak.

Dalil yang digunakan untuk mengharamkan rokok dilalahnya (petunjuk hukum) bersifat zhanni (tidak pasti). Perkataan keji di dalam ayat yang diberi – adalah tidak tepat jika memasukkan asap rokok ke dalam sebahagian dari maksud `keji’ yang dikehendakki oleh al-Quran. Begitu juga dengan membunuh jiwa. Ia tidaklah secara yakin berlaku kepada semua perokok dan dalam semua keadaan. Mengenai kemudaratan merokok pula, tidaklah semua yang memudaratkan itu haram hukumnya. Ada mudarat yang tidak haram. Kemudaratan adalah sesuatu yang besifat nisbi – ada yang haram dan ada yang makruh. Tentang hujah mengatakan ia menyakitkan/mengganggu, sama seperti memudaratkan. Tidak semuanya haram, ada juga menyakitkan itu hanya makruh sahaja. Samalah halnya dengan hujah lain yang diketengahkan, yaitu: kebersihan dan pembaziran. Tidak semuanya haram, kerana di sana ada yang makruh sahaja hukumnya.

DAN VIDEO DARI CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS