TenTang Q

My photo
Taman Daya, Johor Bahru, Malaysia
Let me be myself, theres nothing to do wif u.i'm the way i am, so dont ever teach me wuts good, and better for me.i love being me, it's really all i can and want to be.

Monday, October 08, 2012

Hukum Merokok??

Ramai yang tertanya-tanya apakah hukum merokok?ada yang kata haram , makhruh dan tidak berdosa sebab di dalam Al-Quran tiada sifatkan tentang merokok.Jadi dekat sini saya ingin berkongsi dengan sesiapa yang ingin mengetahui..Hasil Sumber Dari :
http://soni69.tripod.com/fiqh/fiqh_ahkam_merokok.htm
HUKUM MEROKOK
Ketika itulah baru bermunculan pendapat-pendapat dari kalangan para ulamak mengenai hukumnya. Pelbagai risalah/kitab yang ditulis mengenainya. Secara ringkasnya, terdapat 4 pendapat tentang hukum merokok, iaitu:

1. Haram

2. Makruh

3. Boleh

4. Memperincikan hukum

Berikut ini adalah perinciannya:

1. Haram Para ulamak dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak. Mereka mengharamkannya atas sebab-sebab berikut:

1. Asap dan bau rokok adalah keji. Firman Allah Taala: (Al-A’raf:157)

2. Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya. Firman Allah Taala: (Al-Nisaa’:29)

3. Membelanjakan wang untuk rokok merupakan suatu pembaziran. Kerana rokok tidak membawa sebarang faedah. Firman Allah Taala: (Al-Isra’:26)

4. Rokok mengandungi kemudaratan yang diakui oleh para doktor. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan." (HR Malik, Daruquthni & Jamaah)

5. Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih. Sabda Rasulullah s.a.w.: ‘Allah itu bersih dan Dia cintakan kebersihan" (HR al-Bazzar)

6. Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau berhampiran dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan dan akhirat, janganlah menyakiti jirannya." (HR Bukhari & Muslim)

2. Makruh Para ulamak yang berpendapat bahawa rokok itu makruh adalah dengan beberapa alasan, antaranya ialah:

1. Merokok memudaratkan kesihatan, lebih-lebih lagi jika ia dihisap dengan banyak. Manakala yang menghisap sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi banyak juga.

2. Mengurangkan harta, sekalipun tidak sampai ke peringkat membazir. Padahal, jika duit itu digunakan untuk perkara-perkara yang bermafaat adalah lebih baik lagi.

3. Bau dan asap rokok yang tidak enak boleh menganggu dan menyakiti orang lain. Sama seperti orang yang memakan bawang mentah, petai, jering dsbnya.

4. Masyarakat memandang rendah orang yang menghisap rokok.

5. Melalaikan seseorang dari mengerjakan ibadah secara sempurna.

6. Orang yang ketagihan rokok, fikirannya menjadi tidak keruan apabila tidak dapat merokok dalam jangka waktu tertentu.

Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wai’z al-Hanafi mengatakan bahawa kemakruhan merokok disabitkan dengan dalil yang pasti (qath’I), sedangakan keharamannya disabitkan dengan dalil yang zhanni (tidak pasti).

3. Boleh Semuanya itu pada asalnya adalah halal. Sedikitpun tidak haram. TETAPI…Ia akan bertukar menjadi haram seandainya:

a. Ada dalil yang mengharamkannya. Seperti daging babi, asalnya adalah halal, tetapi sebab ada ayat al-Quran yang mengharamkannya, maka ia bertukar menjadi haram. Jadi, babi itu haram dimakan bukan sebab dirinya itu haram, tetapi sebab al-Quran mengharamkannya.

b. Di bawah satu dalil atau kaedah umum yang membawa kepada hukum haram. Seperti, ada ayat al-Quran yang secara umum melarang membunuh jiwa. Jadi, kalau kita memakan racun yang boleh membawa maut, maka haram hukumnya. Asal racun itu adalah halal, tetapi oleh kerana ayat suatu ayat umum yang melarang membunuh jiwa, maka racun itu bertukar menjadi haram dimakan.

c. Dikiaskan dengan kepada sesuatu yang haram, yang illahnya bersekutu pada keduanya. Contohnya, dadah. Mana ada di dalam al-Quran yang menyatakan secara jelas tentang haramnya dadah. Tetapi, ia dikiaskan dengan khamar yang secara jelas diharamkan oleh al-Quran. Khamar diharamkan kerana memabukkan. Kerana memabukkan itulah yang disebutkan sebagai illah (penyebab hukum berlaku). Jadi, dapat ditarik kesimpulan bahawa setiap perkara yang ada illah itu adalah haram hukumnya. Dadah, ada atau tidak illah tersebut (memabukkan)? Sudah tentu ada! Maka dadah juga dihukumkan haram seperti arak.

Dalil yang digunakan untuk mengharamkan rokok dilalahnya (petunjuk hukum) bersifat zhanni (tidak pasti). Perkataan keji di dalam ayat yang diberi – adalah tidak tepat jika memasukkan asap rokok ke dalam sebahagian dari maksud `keji’ yang dikehendakki oleh al-Quran. Begitu juga dengan membunuh jiwa. Ia tidaklah secara yakin berlaku kepada semua perokok dan dalam semua keadaan. Mengenai kemudaratan merokok pula, tidaklah semua yang memudaratkan itu haram hukumnya. Ada mudarat yang tidak haram. Kemudaratan adalah sesuatu yang besifat nisbi – ada yang haram dan ada yang makruh. Tentang hujah mengatakan ia menyakitkan/mengganggu, sama seperti memudaratkan. Tidak semuanya haram, ada juga menyakitkan itu hanya makruh sahaja. Samalah halnya dengan hujah lain yang diketengahkan, yaitu: kebersihan dan pembaziran. Tidak semuanya haram, kerana di sana ada yang makruh sahaja hukumnya.

DAN VIDEO DARI CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS